Kebaikan Cloth diapers

KEBAIKAN CLOTH DIAPERS

Kebaikan Cloth diapers

Ibu2 mesti nak tau kenapa para ibu perlu memiliki cloth diapers. Banyak kebaikan cloth diapers perlu ibu2 tahu. Mungkin ramai ibu2 yang tidak mengetahui atau kurang pengetahuan mengenai kebaikan cloth diapers. jadi para ibu yang tidak mengetahui mari kita sharekan kebaikan cloth diapers ini
  • Lebih sihat untuk bayi kerana baby tidak menggunakan apa2 bahan chemical sepperti disposable diapers
  • Lebih murah untuk jangka masa panjang kerana kita hanya perlu beli sekali sahaja dan boleh digunkan hingga adik2 yang lain
  • Toilet training untuk si kecil akan berlaku lebih awal
  • Terdapat jenis ONE SIZE yang boleh diubahsuai untuk saiz bayi yang baru lahir hingga ke umur 4 tahun (3kg-16kg berat bayi)
  • Boleh digunakan berkali-kali untuk beberapa orang anak
  • Boleh dicuci dengan mesin basuh atau yang paling bagus di bawah sinar matahari
  • Mesra alam (biodegradable)- generasi 500 tahun akan datang akan menghargai dan mengenang jasa anda jika menggunakan CD hari ini.
  • Rekaan CD yang pelbagai yang praktikal dan cantik untuk si kecil
  • Boleh dijual semula dan harga jual semula bagi sesetengah jenis CD adalah tinggi (telah dipraktikkan di negara barat yang kini mengalami kemelesetan ekonomi)
Keburukan
  • Memerlukan penyelenggaraan yang konsisten dan rajin
  • Kos yang tinggi dipermulaan pembelian
  • Tidak se praktikal DD jika menggunakan CD kecuali jenis ALL IN ONE (AIO)  (jenis CD lain seperti POCKET atau FITTED memerlukan helaian kain lain sebagai INSERT, SOAKER, BOOSTER, LINER, COVER etc mengikut jenis CD)
  • Boleh rosak dan berbau jika di cuci dengan bleach, terlebih serbuk sabun basuh atau cara pengeringan yang tidak sempurna.
  • Tidak mudah didapati di mana-mana pasaraya kerana pasaran belum meluas
 
disposable diaper
contoh disposable baby diaper
contoh disposable baby diaper dari bahagian dalam
Disposable Diaper @ DD
Keburukan
  • Tidak sihat untuk bayi terutama jika ada masalah kulit yang sensitif
  • Pencemaran alam sekitar yang melampau jika semua manusia menggunakan DD secara berterusan
  • Kos yang tinggi untuk membeli DD untuk jangkamasa panjang
  • Saiz DD tidak boleh diubahsuai seperti CD jenis ALL SIZE
  • Tidak boleh dijual semula kerana setelah pakai ianya tiada nilai lagi
MARI DAPATKAN CLOTH DIAPERS MURAH
Salam semua ibu2..tengah mencari2 cloth diapers murah..mari dapatkan cloth diapers murah di bizmummy. kami adalah pengedar cloth diapers murah dari Bizmom. Cloth diapers Bizmom bukan saje murah malahan ia berkualiti. para ibu pasti akan tersenyum dengan pelaburan cloth diapers murah dan berkualiti Bizmom ini. cloth diapers murah ini terdapat dalam 10 color yang sgt comel dan menarik. amat sesuai digunakan oleh semua baby yang baru lahir sehingga umur 4 tahun...

Pasti semua ibu2 akan ingin mencuba pampers inikan..hubungi  saya di faiezahan@gmail.com



Selamat Datang ke Bizmummy





Salam Semua...bizmummy sekarang telah meluaskan produknye..bukan sahaja pampers pakai basuh atau cloth diapers yang dibekalkan..termasuk apam polkadot makanan kegemaran kanak2, tungku utk ibu selepas bersalin yang juga boleh digunakan oleh sesiapa utk kesihatan badan dan juga makanan tambahan/supplement untuk ibu atau wanita seperti cocoa collagen power plus, Herbalife ...produk kami meliputi semua keperluan ibu dan anak..selamat bershopping dengan bizmom

HARGA RUNTUH CLOTH DIAPERS
MEH KLIK KAT SINI UNTUK DAPATKAN HARGA



Produk Terbaru Bizmummy...sila ke link Herbalife sekiranya ingin penjelasan lanjut



Produk Terbaru Bizmummy...sila ke link apam polkadot sekiranya ingin penjelasan lanjut


dapatkan maklumat dan penerangan klik link Supplement



The latest produk dari bizmummy ...sila klik pada tungku set

Cara mengatasi Cloth diapers bocor

Masalah dengan cloth diapers...asyik,bocor/leaking.....sekiranya cloth diapers dipakai dengan betul, ia tidak akan bocor.ini kerana lapisan PUL iaitu Outer layer cloth diapers adalah kalis air..jadi para ibu2 hendaklah mempraktis selalu supaya mendapat size yg tepat utk sicomel

ANTARA SEBAB BOCOR

cloth diapers bocor bermakna cloth diapers itu tidak dpt menyerap basahan dari baby (dgn sempurna), dan ini berlaku kerana.....

1. Pre-wash yg tidak cukup (3 kali) atau langsung tak pre-wash (ini kes tak sabar2 nak pakai la ni). Pre-wash itu penting utk melatih cloth diaper kita menyerap basahan. Lagipun cloth diapers baru keluar dari kilang (jadi kena bersihkan dari segala sisa pengilangan itu).

2. Kapasiti cloth diapers sudah penuh. Ini adalah sebab utama cloth diaper bocor kerana ia tidak dapat lagi menyerap dan menampung basahan dari baby. Biasanya cloth diaper boleh dipakai 3-4 jam (bergantung pada keadaan), jadi cloth diaper perlu ditukar apabila tiba masanya.

3. Saiz cloth diapers yang tidak sesuai (terutamanya cloth diaper one size) atau tidak betul2 fit dengan baby (longgar), juga kerana tidak 'well-snug' (rapatkan) di bahagian pangkal paha dan closure di bhg pinggang yg longgar.

5. Terdapat mendapan sabun pada cloth diaper (pada insert terutamanya). Ini mungkin kerana penggunaan sabun yg berlebihan atau cloth diaper tidak dibilas dgn bersih (masih ada sisa sabun), jadi mendapan sabun itu akan menghalang penyerapan yg maksimum. (Nota: 1. Sebab tu anda digalakkan basuh cloth diaper dgn mesin basuh (dgn air yg mencukupi dan terus spin). 2. Walaupun anda dah bilas bersih mcmana pun tp lama-kelamaan kena buat stripwashing jugak).

6. Sabun yang tidak sesuai, contohnya sabun yg terlalu berbuih/ berenzim/ berpelembut atau ada unsur minyak yg akan meninggalkan lapisan/ mendapan halus yg terperangkap pada cloth diaper dan insert (build-up residue/ build-up detergent).
7. cloth diaper juga mungkin bocor kerana kesan penggunaan nappy cream (krim utk ruam) yg disapu pada anak anda. Ini kerana krim itu mengandungi unsur minyak dan akan terkena lapisan inner cloth diaper, lalu menjadikannya kurang menyerap basahan/ kalis air.

8. Ini adalah kes terpencil tapi mungkin juga berlaku; lapisan PUL itu terkoyak/ berlubang/ kecacatan semasa proses pengilangan yg menyebabkan cloth diaper tembus. Kalau disebabkan cacat semasa pengilangan anda boleh minta ganti yg baru.... Kalau kerana kecuaian anda (terkena pisau/ gunting tu tak dapat la nak tolong)..........
Ataupun mungkin juga kerana cloth diapers anda itu sudah terlalu lama dan lapisan PULnya terkoyak/ rosak dgn sendiri. Oh ya, lapisan PUL juga akan rosak jika terkena air panas mendidih (so, beware!!).

Elak cloth diapers Bocor
Pertama sekali kenal pasti sebab cloth diapers anda bocor (drp kenapa cloth diaper bocor di atas)...... Ataupun kalau malas nak kenal pasti tgk je la cara mengatasi ni sebagai checklist.................

1. Lakukan pre-wash sebanyak 3 kali (lagi byk kali dibasuh lagi elok serapannya). Bagi insert bamboo dan hemp perlu lakukan pre-wash sehingga 7-8 kali baru dpt berfungsi dgn baik.

2. Pakai dgn saiz yg betul (jika one size, setkan saiz cloth diapers mengikut saiz baby). cloth diaper mesti betul2 fit dgn anak anda.
3. cloth diapers mesti dipakaikan dgn kemas. Mesti 'ketat'kan pada baby (well-snug di bhg pangkal paha dan pinggang). Selagi boleh masuk 1 jari (dgn mudah) dekat paha baby tu maknanya masih longgar la... Tapi jgn la pulak sampai berbekas getah cloth diapers tu pada paha baby.. huhu...
4. Tukar cloth diapers selepas 3-4 jam atau apabila perlu. Jangan tunggu sampai melimpah ruah baru nak tukar (macamana cloth diapers tak bocor???)

5. Gunakan sabun yg sesuai. Ingat, sabun yg tidak berenzim, tidak berpelembut, tidak berpeluntur dan tiada unsur minyak. Jgn guna sabun seperti Dynamo, Pureen ABD... Juga jgn gunakan sabun mandi, kerana ada unsur minyak.

6. Bilas cloth diaper sehabis bersih/ dgn air yg mencukupi (jika basuh tangan).

7. Lakukan stripwashing sebulan sekali atau apabila cloth diapers mula leaking.

8. Jika menggunakan pocket cloth diapers, insert itu mestilah terletak elok hingga ke hujung (depan) dan betul2 flat/ tidak terlipat (terutamanya di bhg elastik di tengah cloth diaper).
9. Jangan sekali-kali gunakan pelembut kain (fabric softener) kerana akan mewujudkan lapisan lain pada cloth diapers dan insert yg akan mengurangkan daya serapannya...
10. Sekiranya anda ada menggunakan nappy cream, digalakkan guna nappy liner. Ini kerana krim tersebut boleh terkena pada lapisan inner cloth diapers dan menjadikannya kurang menyerap basahan.
11. Selain itu, anda juga boleh cuba cloth diapers yg lebih kecil cuttingnya. Contohnya jika cloth diaper Coolababy yg anak anda pakai selalu bocor (sbb kurang fit dgn anak anda), jadi anda boleh cuba cloth diapers yg lebih kecil cuttingnya seperti Babyland printed, Rainbow dan Lunatots. Mcm Lunatots, cutting di bhg cawatnya adalah lebih kecil (slim) jadi lebih sesuai jika anak anda jenis kecil (sbb lebih fit dekat paha).

Cara lain utk mengatasi cloth diapers bocor adalah dgn mengenal pasti bahagian mana yg selalu bocor/ yg byk basahan (kalau pakai DD masa nak buang tu tgk bhg mana yg byk basah).
Sebagai info, utk bayi yg baru lahir (belum meniarap), bg bayi pempuan selalunya akan basah di bhg belakang dan bayi lelaki pula akan basah di bahagian depan . Ada juga yg saya baca cloth diapers bocor mungkin kerana kesan softener yg ada dlm mesin basuh itu (if kita guna softener dalam mesin basuh utk basuhan sblm itu).......

Nota:
Kesimpulannya, jika cloth diapers bocor selepas dipakai selama 3-4 jam adalah mmg kerana DAH PENUH (salah kita yg tak tukar, bukan salah cloth diapers)... Tetapi jika pakai sekejap, sejam atau tak sampai 2 jam (sekali kencing aje) dah bocor tu mmg something wrong la dgn cloth diapers tu / cara pakai yg tak betul (sila rujuk kenapa cloth diaper bocor seperti di atas)...